Saturday, July 26, 2008

Hari Kebangsaan Singapura

Saya tidak sabar untuk Hari Kebangsaan Singapura. Jet yang digelar "black knights" selalu lalu di hadapan jendela rumah saya. Di sini terdapat beberapa gambar Hari Kebangsaan Singapura yang saya dapati dari Internet.

Ini adalah gambar sebuah helikopter yang sedang membawa bendera Singapura.
Berikut terdapat gambar-gambar sewaktu pembarisan di Hari Kebangsaan Singapura:

Ini adalah sewaktu askar-askar , polis-polis dan lain-lain membaris ke dalam stadium.

Mereka akan menembak ke angkasa apabila diberi koman.

Di sini anda boleh lihat ketuanya yang akan memberi koman.

Di sini anda boleh lihat beberapa orang sedang membawa bendera Singapura bersama mereka.

Ini adalah bunga api. Saya paling suka acara bunga api. Bunga api ini cantik sekali.
Tidak sabar saya menunggu Hari Kebangsaan Singapura.

Wednesday, July 23, 2008

Cikgu Yang Terbaik

Untuk saya, cikgu yang terbaik di sekolah saya ialah , Cikgu Alisa, Cikgu Nora, Cikgu Azna dan Cikgu Zalina. Cikgu Alisa yang membantu kami membuat projek ini dan memberitahu kami tentang pertandingan ini. Saya harap yang saya akan menang hadiah yang ke pertama. Insyaallah.
1st Prize=Izzati Safianah

Kawan Baik Saya


Kawan baik saya ialah Noor Amirah,Ummi Hani,Zakirah,Aqilah dan Izzah Batrisya.Mereka sangat baik terhadap saya.Apabila saya sedih, mereka akan memujuk saya.Saya ingin mengucap terima kasih kepada mereka.

Hadiah Yang Paling Berharga Pada Saya


Pada saya , hadiah yang paling berharga ialah keluarga saya!Saya sayang mereka seperti laut yang luas!

Keluarga Saya




Saya ada 3 adik-beradik.Saya lebih rapat kepada keluarga ayah saya.Tetapi kalau ikutkan nenek, saya lebih rapat kepada nenek saya sebelah ibu.

Cita-cita saya



Apabila saya sudah besar,saya akan menjadi seorang doktor haiwan.Saya akan buka kedai saya sendiri.Kedai yang saya akan buka itu ialah untuk semua haiwan kecuali anjing dan babi.

Wednesday, July 9, 2008

Menjaga nama baik negara

Saya menjaga nama baik negara dengan tidak membuang sampah merata-rata,jangan membuat jenayah dancakap benda yang membuat negara ini bangga.

Amalan Keluarga!

Kami sering ke pantai semasa cuti sekolah untuk berkelah. Apabila ayah tidak bekerja,ayah akan membawa kami membeli-belah. Tetapi,saya lebih suka pergi ke pantai.